Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan Exco Selangor, V. Ganabatirau yang mendakwa sekumpulan penganut agama Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya malam tadi.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnyanya dakwaan Exco daripada DAP itu yang turut menyalahkan orang Melayu Islam mencetuskan ketidakharmonian dan memberontak dalam insiden tersebut.

Tegas beliau, punca insiden tersebut bukannya melibatkan masalah kaum dan agama sebaliknya antara penganut Hindu dan pemaju dan pemilik tanah kuil itu.

“Pemuda UMNO menggesa polis menyiasat dakwaan pemaju yang telah menggunakan samseng dan siapa sahaja jika orang Melayu, mereka tidak mewakli orang Melayu kerana telah diupah.

“Dakwa Exco DAP ini ingin mencetus api perkauman yang semakin serlah sikap sebenar rasis parti itu.

“Dulu kata UMNO yang rasis namun hampir 61 tahun memerintah tidak pernah keharmonian kaum berlaku selama ini.

“Tapi apabila berkuasa, mereka mengapi-apikan isu perkauman. Bayangkan seorang pemimpin sebegini boleh membuat provokasi dan bagaimana jika orang Melayu bertindak di luar batasan,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Asyraf mengulas tindakan Ganabatirau yang mendakwa pergaduhan di kuil itu membabitkan sekumpulan penganut agama Islam dan Hindu adalah punca kepada tersebarnya khabar angin kononnya perkara itu berunsur perkauman.

Dakwaan itu dimuatnaik entri Facebook yang ‘pertama’ oleh Exco itu sebelum disunting kemudiannya.

Asyraf menegaskan, Kerajaan Selangor yang sepatutnya perlu bertanggungjawab dengan insiden tersebut.

Malah jelasnya, apa yang mengecewakan barisan Menteri kaum India dalam sidang media hari ini menyalahkan pula pihak polis.

“Pemuda UMNO  berasa amat dukacita dan mahu segala bentuk provokasi dihentikan sama ada andaian atau sentimen.

“Polis perlu segera menyiasat pemaju dan Exco Selangor yang mencetuskan ketenteraman kaum dan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan. Pemuda UMNO juga akan membuat laporan polis berhubung isu ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast