KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memuji Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan bekas perdana menteri itu seorang yang celik teknologi maklumat.
“Saya rasa Najib lebih sosial media dan pandai guna teknologi berbanding ahli-ahli politik lain di negara ini,” ujarnya dalam twitternya hari ini.
Menurut Rafizi, suka atau tidak, penampilan Najib dalam media sosial menyebabkan beliau mendapat tumpunan berbanding mereka yang lain.
Sebelum itu, selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum dan selepas meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Najib dilihat bebas dan aktif di media sosial.-MalaysiaGazette
















