LONDON – Cristiano Ronaldio membuktikan usia 33 tahun bukan penghalang untuk memecah rekod selepas membantu kemenangan 2-0 Juventus ke atas Spal dalam Serie A semalam.
Fox Sports melaporkan, gol itu membolehkan Ronaldo muncul pemain terpantas dalam sejarah Juventus untuk menjaringkan 10 gol dalam hanya 16 perlawanan di semua pertandingan.
Kejayaan berganda turut diraih pemain antarabangsa Portugal itu, selepas menjadi pemain Juventus pertama dalam 50 tahun untuk menjaringkan sembilan gol Serie A dalam 13 penampilan pertamanya.
Pemain Portugal itu telah menemui semula sentuhan golnya selepas permulaan yang agak perlahan untuk musim ini.
Setelah meninggalkan Real Madrid pada musim panas, bekas bintang Manchester Untied itu diramal pada awalnya apabila mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sifat fizikal Serie A.
Ketika ini, Ronaldo telah membawa Juventus kepada permulaan kempen domestik tanpa kalah. – MalaysiaGazette