KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO melantik Naib Ketuanya, Shahril Hamdan dilantik mengetuai gerak kerja sayap itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Rantau.
Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, biar pun UMNO belum membuat keputusan untuk merayu di mahkamah, pelantikan Shahril adalah perlu untuk bersiap siaga membantu jentera parti.
“Sama ada UMNO merayu atau tidak, Pemuda UMNO telah bergerak lebioh awal dengan menubuhkan jawatankuasa gerak kerja.
“Kami juga akan mendakan mesyuarat dengan sayap parti komponen BN lain dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Baru-baru ini, Mahkamah Khas Pilihan Raya di Seremban memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah tidak sah dan terbatal, dan PRK DUN itu perlu diadakan serta-merta.
Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 28 April selepas calon PKR Dr S. Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana beliau tidak memiliki pas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – MalaysiaGazette