Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mengajak semua rakyat tanpa mengira kaum dan parti agar hadir pada himpunan aman rakyat pada 8 Disember depan.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, himpunan itu bertemakan pakaian putih itu sebagai manifestasi rakyat yang mencintai kedamaian dan kemakmuran negara yang dinikmati selama ini.

Beliau berjanji himpunan itu tidak akan melibatkan apa jua bentuk provokasi kerana sebarang sepanduk dan bendera parti tidak dibenarkan sama sekali.

“Rakyat tidak kira Melayu, Cina, India dan kaum Sabah dan Sarawak perlu hadir dengan memakai pakaian putih dan membawa bendera Malaysia.

“Pemuda UMNO juga bersetuju agar Bridged Kesatria Muda bekerjasama dengan Dewan Pemuda Pas untuk memantau perjalanan himpunan nanti.

“Mana-mana peserta yang hadir membawa sepanduk berbentuk provokasi dan bendera parti akan diserahkan kepada pihak berkuasa. Jadi tidak perlulah membawa keris atau pedang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengulas keputusan Pemuda UMNO untuk tetap hadir pada himpunan aman rakyat itu, Asyraf berkata, ini kerana keutusan kerajaan Pakatan Harapan tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) belum lagi solid sehingga dibawa ke Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast