Sekumpulan pemuda Melayu yang berkumpul berhampiran kawasan bertentangan kuil dikawal anggota polis susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 28 NOVEMBER 2018.

SUBANG JAYA – “Fahaman politik kami ketepikan. Kami datang untuk berhimpun secara aman demi bangsa Melayu. Itu sahaja..Allahuakhbar!”

Itu jerit salah seorang daripada sekumpulan kira-kira 50 lelaki Melayu di kawasan berhampiranĀ Kuil Sri Maha Mariamman di sini malam tadi.

Menurut salah seorang daripadanya, Shahrizat Sahak, kedatangan mereka bukan untuk menimbulkan provokasi di kawasan berkenaan.

MGF27112018_PEMUDA KECOH04
Salah seorang anak muda yang berkumpul, Shahrizat Sahak bercakap kepada media mengenai insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 28 NOVEMBER 2018.

Sebelum itu, mereka berkumpul di tepi bahu jalan kawasan perumahan bertentangan kuil Hindu itu sebelumĀ berarak ke arah jalan utama di hadapan tapak kuil.

Bagaimanapun pasukan polis membuat benteng kawalan sebagai menyekat mereka dan mengarahkan mereka bersurai demi keselamatan.- MalaysiaGazette