Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mahkamah Majisret di sini, hari ini mengeluarkan perintah reman antara dua hingga lima hari terhadap 16 individu, termasuk tiga pekerja syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) bagi membantu siasatan kes di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 18 hingga 49 tahun itu bermula hari ini selepas membenarkan permohonan polis menahan reman mereka bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Ketika ditemui di luar mahkamah selepas tamat prosiding reman, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili tiga daripada suspek yang juga pekerja syarikat pemaju itu berkata anak guam mereka direman antara dua hingga empat hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin itu tercetus apabila puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil hingga berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua motosikal terbakar. – MalaysiaGazette