TERKINI : “Tiada Lagi Perkhidmatan Percuma Tren Skypark” – Anthony Loke

Kerajaan tidak boleh selama-lamanya memberikan perkhidmatan percuma kepada rakyat terutama membabitkan pengangkutan awam, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan semula pulangan dari rakyat dalam bentuk bayaran tambang bagi membolehkan sistem pengangkutan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Justeru, katanya, mulai 1 Januari depan, kementeriannya menetapkan tambang bagi perkhidmatan kereta api Skypark.

Jelas beliau, tambang yang dikenakan dari stesen Kuala Lumpur Sentrak (KL Sentral) ke Terminal Skypark Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (LTSAAS) ialah RM11 untuk satu hala perjalanan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast