MANILA – Mahkamah Filipina menjatuhkan hukuman penjara sehingga 49 tahun ke atas tiga pegawai polis kerana membunuh seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun, hukuman petama disabitkan dengan perang dadah yang dilancarkan Presiden Rodrigo Duterte.

Mahkamah daerah Caloocan mendapti  tiga pegawai polis itu bersalah membunuh Kian Lloyd delos Santos pada Ogos 2017 di sebuah lorong gelap di kawasan utara di ibukota Manila.

Polis menolak tuduhan bahawa pembunuhan itu adalah hukuman mati dengan mengatakan penjaja dan penagih dadah terbunuh dalam insiden tembak-menembak dan mereka bertindak untuk mempertahankan diri.

“Kami menghormati keputusan mahkamah dan tidak bertolak ansur dengan pegawai polis yang bersalah,” kata jurucakap polis negara, Benigno Durana.

Pasukan polis itu berkata: “Mereka berdiri di belakang petugas polis yang terlibat dalam perang dadah, yang melakukan pekerjaan mereka dalam batas-batas undang-undang.”

Kematian pelajar sekolah itu telah mendapat perhatian awam yang mana belum pernah terjadi sebelum ini  mengenai apa yang dikatakan para aktivis bahawa ia adalah hukuman mati dan penyalahgunaan sistem oleh pihak polis yang disokong oleh Duterte.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast