Pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan dengan para penyokong semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Myanmar yang berkesudahan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menyaksikan sukad Harimau Malaya naik dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-167.

Peningkatan itu berikutan susulan prestasi cemerlang Harimau Malaya ketika membenam Myanmar 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF 2018 bertemu Thailand, esok.

Anak buah Tan Cheng Hoe yang berada di kedudukan ke-169 bulan lalu, mengumpul sejumlah 984 mata untuk berada di belakang Filipina (114), Thailand (118), Myanmar (139), Indonesia (160) dan Singapura (165).

Ranking terkini yang diumumkan Fifa ini menyaksikan Harimau Malaya kekal di kedudukan ke-35 Asia.

Sementara itu, Belgium terus mengungguli kedudukan teratas 1,727 mata, diikuti juara Piala Dunia, Perancis di tempat kedua dengan mengumpul 1,726 mata.

Selain itu, Brazil dan Croatia pula mengekalkan kedudukan masing-masing di tempat ketiga dan keempat, manakala England menghuni tempat kelima dengan 1,631 mata.

Seterusnya, Portugal pula naik satu anak tangga, manakala Uruguay jatuh ke kedudukan ketujuh dikuti Switzerland (8), Sepanyol (9) dan Denmark mengekalkan kedudukan masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast