Ahmad Ahmad

YAOUNDE – Cameroon dilucutkan hak menjadi tuan rumah Piala Afrika tahun hadapan.

Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bola Sepak Afrika hari ini.

Badan Pemantau Bola Sepak Afrika (CAF) berkata, tindakan itu diambil berikutan kelewatan Cameroon membuat persiapan penganjuran kejohanan itu menjelang Jun 2019.

Keputusan mengejut itu dibuat dalam mesyuarat khas di Accra, Ghana yang diadakan lebih 10 jam.

Presiden CAF, Ahmad berkata, pihaknya akan melantik negara tuan rumah yang baharu menjelang akhir tahun ini.

Dalam kenyataan terbaharu, CAF berkata, Cameroon gagal memenuhi beberapa terma dan syarat yang terkandung.

Bagaimanapun pihak tersebut tidak mahu mengaitkan perkara berkenaan dengan sebarang isu yang mungkin boleh menjejaskan kejayaan dan kegemilangan kejohanan berprestij di Afrika itu.

Tambah CAF, menunda kejohanan itu ke suatu tarikh yang lain adalah sukar disebabkan beberapa tanggungjawab kontrak.

Kejohanan Piala Afrika akan diadakan pada Jun dan Julai 2019 dan penyertaan pasukan ditambah dari 16 pasukan kepada 24 pasukan.

Tahun lalu, Ahmad menjelaskan bahawa Cameroon masih dalam situasi untuk memujuk dan meyakinkan CAF untuk membuktikan kebolehannya menganjurkan temasya tersebut.

Namun pada Ogos lalu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Piala Afrika, Amaju Pinnick berkata, tiada sesiapapun yang boleh merampas hak penganjuran kejohanan itu daripada Cameroon.- MalaysiaGazette