Khaled
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan memfokuskan kepada golongan Melayu di negara ini.

Ujarnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berbuat demikan khususnya kepada kaum Melayu di bandar.

“Kerajaan PH langsung tidak beri fokus kepada soal orang Melayu tinggal dalam bandar.

“Ini bukan soal rasis tapi soal mengwujudkan keseimbangan semua kaum dalam bandar,” katanya di Twitter beliau.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Belanjawan Negeri Johor 2019 yang dibentangkan Menteri Besarnya, Datuk Osman Sapian, Khamis lalu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, Belanjawan Johor 2019 menjadi bukti dasar dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya serta membuahkan hasil.

Ini kerana katanya, terdapat banyak usaha, program dan projek terdahulu sama ada diulangi ataupun diteruskan. -MalaysiaGazette