Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi jaminan isu kuil Sri Maha Mariamman akan selesai dalam tempoh dua minggu, jika pihak berkenaan memberikan kerjasama yang baik.

Katanya, sehingga kini dua pertemuan telah dilakukan bersama-sama pihak yang berkepentingan.

“Saya anggarkan satu minggu, dua minggu kita boleh dapatkan kata putus kalau semua pihak bertolak ansur,” katanya kepada pemberita di ruang legar Dewan Negeri Selangor hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pemaju tidak akan mengambil sebarang langkah sehingga permohonan injunksi penuh oleh penganut Hindu kuil tersebut yang akan didengari pada 11 Januari tahun depan diputuskan.

Amiruddin pada Khamis yang lalu berkata kerajaan negeri Selangor telah menyediakan tapak baharu seluas kira-kira satu ekar kepada pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Saefield, USJ 25 dekat Subang Jaya untuk pembinaan rumah ibadat baharu.

Jelasnya negeri itu juga meluluskan kira-kira 0.6 ekar tanah untuk dijadikan tempat meletak kenderaan dan pampasan sebanyak RM1.5 juta berikutan mahkamah membenarkan pihak pemaju mengambil semula tanah tapak kuil berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy pula sewaktu melawat kuil itu minggu lalu memberi jaminan ia tidak akan dirobohkan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast