Foto The Standard

LONDON – Jose Mourinho menyifatkan Paul Pogba seperti ‘virus selsema’ yang sedang menjangkiti pemain lain dalam Manchester. sehingga kumpulan itu gagal mempamerkan permainan terbaik.

Fox Sports melaporkan, seseorang telah memberitahu kata-kata itu tersebut dilemparkan Mourinho kepada pemain tengah itu di hadapan pemain lain.

“Mourinho telah mengeluarkan kata-kata Pogba seperti virus selsema dalam bilik yang menjangkiti orang lain.

“Dia turut memberitahu Pogba tidak bermain dengan baik dan tidak menghormati pemain lain serta penyokong pasukan itu,” dedah sumber itu

Ini bukan pertama kali Mourinho memalukan Pogba di hadapan pemain lain dan sebelum ini pada September lalu gara-gara prestasi hambarnya di padang.

Kini bukan lagi satu rahsia bahawa hubungan Mourinho dan Pogba semakin tegang kerana sering berang dengan pemain antarabangsa Itali itu yang didakwanya mempamerkan sikap tidak bermain sepenuh hati untuk pasukan mereka. – MalaysiaGazette