Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi penggal 2018.
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR — Kerajaan negeri Kedah akan membantu membawa pulang jenazah Allahyarham Ridzq Azzadin Mohd Azhar, dari Australia untuk dikebumikan di Malaysia.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, Ridzq Azzadin, 32, meninggal dunia kerana lemas ketika mandi di sebatang sungai di Burwood Road, Belmore, Australia pagi semalam.

“Kerajaan negeri simpati dengan kepayahan yang dihadapi oleh keluarga Allahyarham, terutama untuk menanggung kos membawa pulang jenazah bagi disemadikan di kampung halamannya di Parit Panjang, Baling atau di Sungai Buloh, Selangor.

“Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan mengenai hasrat Pejabat Menteri Besar Kedah untuk membantu mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Wisma Putra bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah Ridzq Azzadin.

— BERNAMA