Menara Eiffle akan ditutup pada hari Sabtu sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi protes oleh rakyat Perancis terhadap pembaharuan yang dilakukan di negara itu. foto Reuters

PARIS – Menara Eiffel di Paris akan ditutup pada hari Sabtu kerana bimbang berlaku keganasan yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan anti kerajaan.

Seramai 89,000 anggota polis bersama kenderaan perisai dikerahkan untuk mengawal ibu kota Perancis itu, kata Perdana Menterinya, Edouard Philippe.

Polis juga mengeluarkan arahan supaya kedai dan restoran di Champs-Elysee ditutup dan beberapa muzium turut diarahkan berbuat demikian.

Tunjuk perasaan oleh ‘yellow vest’ dilihat sebagai terburuk dalam tempoh sedekad di Perancis.

Kerajaan Perancis sudah pun membatalkan kenaikan cukai bahan api yang menjadi pencetus kepada tunjuk perasaan yang berlangsung sejak dua minggu lagi.

Meskipun begitu, tunjuk perasaan berkenaan semakin meluas dengan membabitkan isu-isu lain pula.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Malah, Philippe merayu supaya rakyat Perancis bertenang.

“Kita kini berdepan dengan orang-orang yang bukan datang untuk protes tetapi memusnahkan,” katanya.

Pengendali Menara Eiffel berkata, ancaman bantahan terhadap kekerasan pada hari Sabtu ini menjadikannya mustahil untuk memastikan “keadaan keselamatan berada dalam keadaan memadai”.

Pihak berkuasa bandar telah meningkatkan perlindungan untuk mercu tanda terkenal selepas Arc de Triomphe mengalami kerosakan teruk minggu lalu.

Menteri Kebudayaan Franck Riester juga memaklumkan, muzium Louvre dan Orsay, rumah-rumah opera dan kompleks Grand Palais adalah antara lokasi yang akan ditutup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast