Sebelum ke himpunan bantah ICERD 812, rakyat sudah mula menunjukkan isyarat mereka membantah ratifikasi konvensyen berkenaan di negeri masing-masing.
Sebelum ke himpunan bantah ICERD 812, rakyat sudah mula menunjukkan isyarat mereka membantah ratifikasi konvensyen berkenaan di negeri masing-masing.

KUALA LUMPUR – Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) akan menyediakan pasukan peguam bagi membantu penganjur dan peserta himpunan aman bantah ICERD Sabtu ini.

MalaysiaGazette dimaklumkan, pasukan peguam itu akan berada di empat lokasi berhimpun iaitu Masjid Jamek, Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo dan Dataran Merdeka sepanjang himpunan berlangsung.

LUHAM juga turut menyediakan talian hotline di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, di sini.

Berikut adalah pasukan peguam yang ditempatkan di empat lokasi; Peguam Nik  Bahrum di Masjid Jamek (019-959 8007), Mohd Zubir Embong di Masjid Negara (016-277 8559), Kamaruzaman Wahab di Sogo (019-936 5990) dan Peguam Yahya di Dataran Merdeka (013-380 9330). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast