KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Azhar Idrus turut menyertai Perhimpunan Ummah 812 berikut keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Azhar bersama-sama ratusan ribu peserta berhimpunan di Dataran Merdeka bagi menzahirkan penyatuan ummah yang telah berjaya mendesak kerajaan menolak ratifikasi ICERD baru-baru ini.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy mengumumkan kerajaan akan menandatangani enam konvensyen antarabangsa termasuk ICERD dalam masa terdekat.

Pengumuman beliau itu mendapat tentangan pelbagai pihak sehingga lahirnya satu petisyen yang telah berjaya mendapat lebih 100,000 tandatangan. Petisyen tersebut digerakkan peguam Lukman Sheriff Alias. – MalaysiaGazette