KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter melanda kawasan selatan Kepulauan Sandwich pada 10.26 pagi tadi waktu Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pusat gempa bumi pada kedalaman 151 kilometer itu terletak 3,736 kilometer dari tenggara dari Puerto Montt, Chile.
Namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette