KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi sokongan kepada Harimau Malaya yang bertemu Vietnam di pentas final Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.
Beliau tiba pada 8.30 malam lengkap memakai jersi kebangsaan bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad.
Mereka menyertai lebih 80,000 penyokong skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bagi menyaksikan perlawanan final pertama itu.
Turut hadir memberikan sokongan adalah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Turut hadir pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei; pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah dan beberapa atlet lain. – MalaysiaGazette