Michael Kovrig

OTTAWA – Seorang bekas diplomat Kanada ditahan di China dan majikannya sedang berusaha untuk pembebasan segera.

Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata, ia menyedari laporan berhubung penahanan Michael Kovrig.

Perdana Menteri Justin Trudeau berkata, Kanada akan berhubung secara langsung dengan pihak berkuasa China mengenai kes itu.

Berita penahanan Kovrig itu muncul selepas beberapa hari Kanada menahan seorang Ketua Kewangan Huawei.

Trudeau berkata, ia telah mengambil kes itu secara sangat serius.

Hubungan Beijing dan Kanada tegang susulan penahana Meng Wanzhou, anak perempuan kepada pengasas Huawei pada 1 Disember lalu.

Menteri Keselamatan Awam, Ralph Goodale berkata, kerajaan bimbang dengan situasi berkenaan.

Kovrig sebelum ini merupakan seorang diplomat dan pernah bertugas di Beijing, Hong Kong dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Sejak Februari tahun lalu, beliau bertugas sebagai Penasihat Kanan Asia Timur untuk Kumpulan Krisis Antarabangsa, sebuah badan pemikir berpusat di Brussel yang fokus bagi penyelidikan konflik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast