Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK WPKL, Low Swee Hon (dua kiri) meneliti jenis telur yang dijual peniaga semasa membuat pemantauan dan pemeriksaan harga barang di Pasar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 30 MEI 2018.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK WPKL, Low Swee Hon (dua kiri) meneliti jenis telur yang dijual peniaga semasa membuat pemantauan dan pemeriksaan harga barang di Pasar Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 30 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengenalpasti sebarang elemen antipersaingan
yang mungkin berlaku di dalam pasaran telur ayam tempatan.

Selain pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kepada isu kenaikan harga telur ayam, MyCC turut melihat kepada perlakuan anti persaingan yang diamalkan oleh perusahaan seperti kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran secara sengaja.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, pihaknya akan mengambil kira harga harian dan jumlah pengeluaran telur ayam dalam
menilai perkara ini.

Sebagai tambahan, Suruhanjaya juga akan melihat dengan teliti aktiviti mengeksport telur ayam ke pasaran luar negara yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Tambahnya, MyCC akan menggunakan segala kuasanya yang ada di bawah Akta Persaingan 2010 untuk berkerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan.

Malah, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dalam sebarang kegiatan kartel demi memastikan kesejahteraan serta kepentingan pengguna di Malaysia kekal terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast