Wednesday, April 24, 2024
Home Sukan AUG 2018: Renang, olahraga tuai emas

AUG 2018: Renang, olahraga tuai emas

Perenang Welson Sim merangkul lima pingat emas pada temasya Sukan Universiti ASEAN 2018 (AUG 2018). Foto Facebook Bahagian Sukan IPT.

NAYPYITAW, Myanmar – Jaguh renang negara, Welson Sim berjaya menepati janjinya untuk merangkul lima pingat emas pada temasya Sukan Universiti ASEAN 2018 (AUG 2018) kali ini apabila melengkapkan pingat kelimanya semalam.

Atlet dari Sarawak itu membantu kuartet negara yang turut dibarisi Tern Ean Han, Foong Wei Tze dan Keith Lim Kit Ser muncul juara dalam acara 4×200 meter rampaian berganti-ganti dengan melakukan catatan tujuh minit 38.82 saat (s).