Cristian Pavon diburu Arsenal menjelang jendela perpindahan musim sejuk Januari 2019

ENGLAND – Arsenal sedang mengintai serius bintang sayap Boca Juniors Cristian Pavon menjelang jendela perpindahan musim sejuk Januari ini.

Menurut the Sun Sports, the Gunners sudah menghubungi kelab Argentina itu berhubung potensi yang ada untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun Arsenal berkemungkinan perlu mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berbisa itu.

Boca Juniors meletakkan nilai sekitar £40 juta untuk Pavon.

Aksi licik Pavon di atas padang berjaya menarik perhatian beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Arsenal.

Sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Fulham juga mengintip pemain itu tetapi nilai yang ditetapkan akan menjadi kekangan besar untuk mendapatkannya.

Agen pemain itu telah berhubung dengan beberapa kelab di Eropah dan Pavon dijangkakan mengikut jejak langkah rakan senegara Lionel Messi.

Pavon kini dilanda kecederaan selepas beraksi dalam aksi final Copa Libertadores.

Unai Emery peminat Pavon dan mahu memperkuatkan jentera serangan Arsenal Januari ini.

Pavon sesuai untuk sistem perlawanan yang dipersembahkan Arsenal ketika ini dan mempunyai kepantasan luar biasa berbanding mana mana pemain kebangsaan Sepanyol.

Pavon telah melakukan 11 penampilan bersama Argentina sejak tahun lepas namun setakat ini tidak pernah menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast