Bermula 25 April ini, orang ramai yang berhasrat untuk pulang semula ke tempat tinggal masing-masing selepas terkandas di kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh berbuat demikian. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- CIMB Group Holdings Bhd., syarikat induk Touch ‘n’ Go Sdn. Bhd. sedang mencari jalan untuk menghentikan PLUS Malaysia Bhd. daripada melancarkan sistem kutipan tol sendiri.

Dalam kenyataannya di Bursa Malaysia hari ini, CIMB berkata, ia telah memfailkan notis arbitrasi bertarikh 17 Disember kepada PLUS.

Syarikat tersebut mendakwa syarikat pengendali lebuhraya itu telah melanggar obligasinya kepada CIMB dan CIMB SI 1 Sdn. Bhd. apabila memulakan dan melancarkan sistem pengenalan frekuensi radio (RFID) sendiri.

“Syarikat dan CIMB SI 1 antara lain mahu mendapatkan injunksi bagi menghalang PLUS daripada melakukan sebarang urusan menggunakan sistem PLUS RFID berserta kerosakan, faedah dan kos,” katanya.

PLUS sebelum ini berkata, projek RFID adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memodenkan industri tol.

Ia merupakan satu sistem pembayaran terbuka yang menawarkan pemandu kemudahan untuk membayar tol sama ada menggunakan kad debit atau kad kredit.-MalaysiaGazette