Denda 10,000 euros
Rafinha disaman Adidas kerana enggan memakai but tajaannya.

BARCELONA – Pemain sayap Barcelona telah diarahkan untuk memakai kasut but tajaan Adidas atau berdepan tindakan undang-undang.

Kegagalan memakai demikian akan menyebabkan Rafinha berdepan tindakan membayar denda lebih RM4.8 juta (£899,487.11).

Pemain berusia 25 tahun itu menganggap bahawa kontrak tajaan Adidas telah tamat musim lalu dan mula memakai but Mizuno.

Malangnya tanpa disedari dia telah disaman oleh syarikat gergasi peralatan sukan Jerman itu.

Rafinha berkata, Adidas tidak menyokongnya ketika dia mengalami kecederaan dan meleburkan penyambungan kontrak selama lima tahun.

“Walaupun dia tidak mempunyai pakar undang-undang, dia tahu bagaimana tawaran penaja berfungsi,” kata hakim.

Pemain itu sepatutnya tidak beraksi sepanjang musim selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen kaki kiri.

Insiden itu berlaku semasa menentang Atletico Madrid November lalu.

Mahkamah Daerah di Amsterdam, yang mana lokasi asal kontrak itu dimeterai kedua dua pihak mengarahkan bintang Brazil itu membayar denda 10,000 euro untuk setiap hari sehingga memakai but tajaan Adidas.

Kegagalan mematuhi kontrak akan menyebabkan denda maksimum 1 juta euro menanti pemain itu.

Rafinha juga diarah membayar kos pendengaran kes.

Bagaimanapun, Adidas memohon mahkamah denda 100,000 euros setiap hari terhadap pemain itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast