LONDON – Juara bertahan, Manchester City melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan Leichester City 3-2 menerusi penentuan penalti pada perlawanan Piala Liga selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada awal pagi tadi.
Pemain City, Oleksandr Zinchenko menjadi hero selepas menjaringka gol ketiga selepas pasukan tuan rumah gagal menyempurkan tiga daripada empat sepakan penalti.
Pada perlawanan itu, City membuka tirai jaringan menerusi Kevin De Bruyne pada minit ke-14 namun Leicester berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 melalui Marc Albrighton.
Tanpa masa tambahan diberikan pada musim ini, perlawanan tersebut diteruskan dengan penentuan sepakan penalti yang menyaksikan sepakan Christian Fuchs tersasar manakala tendangan James Maddison dan Caglar Soyuncu diselamatkan penjaga gol City, Arijanet Muric.
“Pada akhirnya penjaga gol membantu kami,” kata De Bruyne.
Pada separuh akhir, City akan menyertai Burton Albion yang dibimbing Nigel Clough mengejutkan Middlesbrough menerusi jaringan Jake Hesketh.
Dua lagi tempat separuh akhir akan ditentukan awal pagi ini apabila Tottenham Horspur bertandang ke Arsenal manakala Chelsea akan berdepan Bournemouth. – Agensi