Selepas menghina Islam, Caryn Yean hanya dikenakan hukuman gantung kerja oleh majikannya, Honda.
Selepas menghina Islam, Caryn Yean hanya dikenakan hukuman gantung kerja oleh majikannya, Honda.

KUALA LUMPUR – Tidak puas hati hanya dikenakan tindakan gantung kerja, Pertubuhan Nadi Rakyat (NadiRakyat) Wilayah Persekutuan akan menyerahkan memorandum meminta Honda Malaysia mengenakan hukuman lebih tegas ke atas seorang kakitangannya yang menghina agama Islam.

Menurut Pengerusinya, Mazlan Abdul Latif, memorandum itu juga untuk menyatakan rasa kesal dengan kebiadapan kakitangan Honda Malaysia, Caryn Yean yang menghina Islam berikutan kematian anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Saya bagi pihak Nadi Rakyat Wilayah Persekutuan menjemput semua rakan beragama Islam dan juga rakan media untuk turut serta bagi menyokong dan menyaksikan penyerahan memorandum kepada pihak Honda Malaysia.

“Penyerahan memorandum ini atas kebiadapan kakitangan mereka bernama Caryn Yean yang menghina agama Islam berikutan kematian Allahyarham Muhammad Adib baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Kata Mazlan lagi, penyerahan memorandum itu akan diadakan pada jam 2.30 petang esok selepas solat Jumaat di pejabat Honda Malaysia Sri Utama Auto, Setapak di sini.

Sebelum itu, kata beliau, mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid As Saadah, Seksyen 1 Wangsa Maju sebelum berarak ke pejabat Honda Sri Utama.

Isnin lalu, Caryn Yean atau nama Cina asalnya Ang Sui Yean memuat naik kenyataan menghina agama Islam diruangan komen mengenai kematian Muhammad Adib.

Komen, “Bkn kerajaan gagal… tuhan u yg gagal xsembuhkan adib” itu sempat di screen shot dan menjadi viral di saat seluruh rakyat Malaysia bersedih atas kematian Muhammad Adib dalam operasi memadam kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman 27 November lalu.

Bagaimanapun, Honda Sri Utama Auto Setapak hanya mengenakan tindakan menggantung kerja kakitangannya itu, yang menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast