LONDON – Manchester United terpaksa memecat Jose Mourinho kerana terdapat ugutan pemain utama yang mahu meninggalkan kelab itu beramai-ramai.
Mirror.UK melaporkan sekurang-kurang empat pemain mengancam Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward bahawa mereka akan berpindah jika Mourinho masih mengendali skuad tersebut semasa jendela perpindahan pada bulan depan.
Woodward dikatakan terpaksa membuat keputusan sukar untuk bertindak kerana dia prihatin tentang ugutan beberapa nama besar di Old Trafford itu.
Selasa lalu, Mourinho dipecat pada selepas kurang 48 jam daripada mengalami kekalahan 3-1 di Liverpool.
Kekalahan itu menyebabkan United berada 19 mata di belakang pasukan teratas liga yang kini mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris.
Pendedahan ugutan merupakan dakwaan yang memalukan ke atas kredibiliti bekas jurulatih tersebut yang sebelum ini pernah memimpin banyak kelab dunia.
Sumber kelab tersebut mendedahkan suasana di kem latihan menjadi semakin virus yang teruk dan beberapa pemain sanggup meninggalkan United.
Rata-rata mereka sudah muak terhadap cara latihan dan taktikal Mourinho. – MalaysiaGazette