Pesawat P1

TOKYO – Jepun melakukan siasatan terhadap niat tentera Korea Selatan berikutan insiden radar di Laut Jepun.

Krew sebuah kapal Korea Selatan ‘mengunci’ sasaran radar kawalan tembakan ke arah pesawat peronda Jepun pada Khamis lalu.

Insiden tersebut membabitkan kapal pemusnah Korea Selatan dan pesawat peronda, P1, milik Angkatan Pertahanan Maritim Jepun di Semenanjung Noto, Ishikawa.

Kerajaan Jepun yang telah membuat bantahan kepada pihak berkuasa Korea Selatan berkata, tindakan itu amat berbahaya dan boleh menyebabkan keadaan yang tidak dijangka.

Para pegawai di Tokyo juga menggesa langkah diambil bagi mengelak perkara sama berulang.

Menteri Pertahanan Jepun, Takeshi Iwaya berkata, beliau akan mendengar penjelasan Korea Selatan dan mencari jalan bagi mengelak insiden itu memberi kesan ke atas hubungan dua hala.

Seorang pegawai sebuah kementerian berkata, insiden tersebut tidak dapat dibayangkan memandangkan Jepun merupakan rakan Korea Selatan. – Agensi