Foto Sky Sports.

LONDON – Manchester United, Paul Pogba mengucap terima kasih kepada bekas pengurus kelab itu, Jose Mourinho kerana menjadikan dirinya sebagai pemain dan individu yang lebih baik pada hari ini..

Pemain kebangsaan Perancis yang dikecam susulan prestasinya turun naik di bawah kendalian Mourinho berkata, apa yang berlaku sepanjang tempoh dua tahun setengah bersama bekas pengendali United itu sudah menjadikan kenangan.

“Kami memenangi trofi dengan Jose dan saya mengucap terima kasih kepadanya kerana kejayaan kami.

“Dia menjadikan saya pemain dan individu yang lebih baik. Apa yang terjadi sebelum ini adalah kisah lampaun dan saya yakin semua pemain turut berfikiran sama seperti saya,” katanya.

Pogba tidak sebulu dengan Mourinho sejak awal musim ini dan dilucutkan jawatan kapten selepas mengkritik corak permainan oleh pengendali dari Portugal itu.

Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Mourinho dan United berjaya menundukkan Cardiff City 5-1 pada aksi pertamanya, awal pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast