Gambar hiasan. Foto Reuters

SEOUL- Harga minyak jatuh pada Isnin sehari sebelum cuti sambutan Krismas, menokok kepada kerugiaan yang dicatatkan sejak minggu lalu sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent jatuh 27 sen atau 0.5 peratus kepada AS$53.55 setong pada 0106 GMT.

Brent mencecah AS$52.79 pada Jumaat, paras terendah sejak September 2017.

Kontrak hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate menyusut lapan sen atau 0.1 peratus kepada AS$45.51 setong.

WTI merekodkan paras terendah AS$45.13 sejak Julai 2017 pada Jumaat.

Pertambahan bekalan minyak dan kelembapan ekonomi global telah memberi tekanan kepada harga minyak mentah dengan kedua-dua penanda aras jatuh melebihi 35 peratus berbanding paras tertinggi mereka pada Oktober.

Pengeluaran minyak mentah pengeluar-pengeluar utama seperti AS, Rusia dan Arab Saudi menghampiri rekod tertinggi.- Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast