KUALA LUMPUR – Berbaki enam hari lagi sebelum ditutup, jumlah Tabung Harapan Malaysia hari ini mencecah RM200 juta.

Jumlah tersebut dikeluarkan Kementerian Kewangan menerusi akaun Facebook rasmi sebentar tadi.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan pada 30 Mei lalu kini diparas RM200,032,580.24.

Untuk rekod, tabung itu ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mengutip dana daripada individu atau organisasi bagi melunaskan hutang negara. – MalaysiaGazette