Gelagat Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bersama calon ketika meninjau calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya, Presint 16 (1), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 13 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik kembali menjadi perhatian netizen di media sosial.

Paling menarik perhatian, komen daripada @PattuUPM yang berkata, Maszlee perlu melebihkan buat kerja daripada terus memuatnaik status di media sosial.

Katanya, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu perlu ‘cakap serupa bikin’ dalam memastikan sistem pendidikan negara ditahap memuaskan.

Don’t tell or talk rubbish, do it (Jangan beritahu atau cakap kosong sahaja, buatlah),” ciap beliau di Twitter.

Komen itu dilayangkan beliau terhadap laporan Bernama tentang azam dan cita-cita Maszlee dalam memperbaiki sistem pendidikan negara.

Ia termasuk meringankan beban guru yang digarap sebagai usaha beliau semenjak dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada Mei lalu.

Dalam laporan itu, Maszlee turut disenaraikan dengan beberapa kontroversi antaranya pelaksana penggunaan kasut hitam pelajar, susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Ia susulan pelaksanakan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Malah @Fazrin_102 pula beranggapan usaha itu hanya omongan kosong daripada menteri berkenan dan berpendapat ia sukar untuk dilaksanakan.

“Sistem pemakaian murid-murid sekolah boleh la.. nak baiki sistem pendidikan nasional sembang kosong boleh la.. sambil makan roti canai kosong teh tarik,” ciap beliau di Twitter.

“Cakap pandai. Boleh jadi menteri ini,” komen @mkhizan.

Malah ada juga yang Maszlee hanya boleh memberikan idea namun pelaksanaan masih belum tentu dibuat di masa akan datang.

“Takat jadi level-level menteri yang ada hari ni kompem no hal la, apa susah takat pikir warna kasut, stoking dan bagi idea murid-murid berenang, siapa-siapa pun boleh jadi menteri.. Nak jadi guru tu tak boleh sebab memerlukan yang selayaknya untuk mendidik,” katanya @d7_Diang kepada tweet @mkhizan. -MalaysiaGazette