ROME – Gara-gara memberikan sokongan berbaur perkauman Inter Milan akan bermain dua perlawanan Serie A secara tertutup di laman sendiri selepas menerima hukuman akibat insiden yang dilakukan oleh penyokong pasukan itu.

Dalam kejadian yang berlaku ketika perlawanan menentang Napoli di San Siro awal pagi semalam, pemain pertahanan pasukan lawan Kalidou Koulibaly diejek beberapa berkali-kali oleh penyokong Inter Milan selepas menang 1-0.

Liga Itali dalam satu kenyataan memberitahu, badan disiplin menyebut mengenai lagu yang dinyanyikan penyokong mempunyai unsur perkauman ke atas Kalidou Koulibaly.

Malah, lirik pada lagu tersebut juga turut menyinggung penyokong pasukan Napoli.

Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti mendedahkan staf kelab itu ada memohon pengadil sebanyak tiga kali untuk menghentikan permainan kerana sorakan itu.

Sebagai tindak balas, Inter dalam satu kenyataan menegaskan sejak 9 Mac 1908 (kelab itu ditubuhkan), Inter sentiasa menjaga integrasi, kemudahan dan kemajuan dan sebab itu kelab ‘sentiasa menyatakan tidak kepada sebarang bentuk diskriminasi’. – MalaysiaGazette