Lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kulim, Kedah termasuk seorang berpangkat Inspektor cedera apabila Land Rover yang dinaiki mereka terbabas di selekoh Kilometer 33.3 Jalan Kaki Bukit-Wang Kelian di sini hari ini.

PADANG BESAR – Lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kulim, Kedah termasuk seorang berpangkat Inspektor cedera apabila Land Rover yang dinaiki mereka terbabas di selekoh Kilometer 33.3 Jalan Kaki Bukit-Wang Kelian di sini hari ini.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad berkata kemalangan itu berlaku semasa anggota pasukan itu dalam perjalanan menuruni bukit dari Wang Kelian ke Kaki Bukit kira-kira 3.30 petang.

Katanya Land Rover yang dipandu Konstabel Mohd Hairie Mohd Adnan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Tujuh lagi yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Inspektor Mohd Sahidi Pauzi, Koperal Mohd Syafiq Mohd Rosli, Lans Koperal Khairul Anuar Kassim, Koperal Muhammad Hafizuddin Winzi, Koperal Mohd Sharifudin Abdul Majid, Koperal Nassir Kaderi dan Koperal Mohd Faizol Mohd Dom, katanya kepada media melalui aplikasi WhattApps.

Menurut Noor Mushar, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk menerima rawatan.

— BERNAMA