Tan Sri Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR – Yayasan Eco Wprld (YEW) hari ini, turut sama memberikan sumbangan bagi membantu meringankan beban ahli keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya, baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye menyerahkan cek sumbangan bernilai RM10,000 itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Menurut beliau, pihaknya terpanggil untuk memberi sumbangan kerana prihatin dengan kesedihan yang ditanggung keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

“Sesungguhnya rakyat Malaysia di segenap pelosok negara amat sedih dan turut bersama anggota keluarga, tunang dan rakan sekerja meratapi kehilangan Muhammad Adib.

“Beliau adalah anggota bomba pertama diserang ketika sedang bertugas,” katanya selepas Majlis Penghargaan Wira Merah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ibu pejabat JBPM di sini, hari ini.

Menurut Lam Thye, YEW turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Adib dan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM atas kehilangan yang tidak diduga itu.

Beliau berharap, sumbangan itu akan menjadi motivasi kepada semua anggota JBPM untuk terus berbakti kepada nusa dan bangsa, selain membuka mata semua pihak mengenai cabaran yang dihadapi warga bomba ketika menjalankan tugas.

Katanya, YEW menumpukan usaha untuk menangani masalah berkaitan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat, kemiskinan dan kekurangan infrastruktur tanpa mengambil kira latar belakang etnik serta agama penerima bantuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast