Pasukan keselamatan sedang memeriksa sebuah bas yang terkena letupan ketika berada berhampiran piramid Giza, Mesir. foto Reuters

KAHERAH – Empat pelancong terbunuh termasuk tiga warga Vietnam dan seorang pemandu pelancong tempatan selepas bas yang dinaiki terkena letupan.

Kejadian itu turut mencederakan 12 orang yang lain.

Insiden itu berlaku berhampiran piramid Giza, Mesir semasa bas yang membawa 14 orang pelancong sedang melintasi dinding.

Dipercayai sebutir bom yang disembunyikan di sebalik dinding berkenaan meletup.

Perdana Menteri Mesir, Mostafa Modbouly berkata, dua orang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Katanya, bas berkenaan dipercayai melanggar alat peranti sebaik sahaja melalui kawasan itu.

Difahamkan pemandu bas terbabit, yang juga rakyat tempatan tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk menggunakan laluan tersebut.

Setakat ini tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab menyebabkan serangan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast