kedutaan
Seorang wanita berjalan melintasi kedutaan Rusia di London.

LONDON – Moscow dan London bersetuju untuk menyerahkan beberapa kakitangan kedutaan masing-masing selepas kedua-dua negara mengusir berpuluh-puluh diplomat awal tahun ini, kata kedutaan Rusia.

Pejabat Luar Negara Britain dan Kementerian Luar Rusia tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

“Kami telah mencapai perjanjian secara umum bahawa kami akan mula memulangkan kakitangan diplomatik di Moscow dan di London pada Januari
ini,” menurut agensi berita Tass yang memetik Duta Rusia ke United Kingdom, Alexander Yakovenko berkata dalam temubual dengan sebuah rangkaian
televisyen.

“Saya tidak pasti ia akan berlaku kepada semua kakitangan tetapi sekurang-kurangnyua separuh daripada kakitangan itu dipulangkan,”.

Seorang kakitangan kedutaan mengesahkan kenyataan beliau, lapor Reuters.

Pada Mac lalu, Britain mengusir 23 diplomat Rusia atas dakwaan Kremlin di belakang serangan racun saraf terhadap bekas perisik Sergei Skripal dan anak perempuannya di bandar Salisbury.

Bagaimanapun, Rusia menafikan pembabitannya dan sebagai tindak balas negara itu menghantar pulang bilangan yang sama kakitangan kedutaan Britain. – Agensi