Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan perwakilan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 30 DISEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Pengguna media sosial hari ini keliru dengan pendekatan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang didakwa sama sebagaimana Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum ini.

Menurut pengguna Facebook, Mohamad Arifnaim, segala tentatif dan program yang digerakkan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu seakan-akan PAU.

“Tentatif pun ikut UMNO ya,” katanya dalam Facebook rasmi Bersatu.

“DNA UMNO,” balas Chen Vincent.

Malah ada juga yang menganggap Bersatu lebih kepada pengganti UMNO.

“Sama stail UMNO je, tak ada pattern lain ke? Penjelmaan UMNO 2.0 je,” kata Asis Bin Jambo.

Kesemua komen di Facebook itu dilayangkan netizen tatkala Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad memeriksa barisan sebelum sempena PAT Bersatu kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan perwakilan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

MGF30122018_PAT PPBM 2018_06

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamed bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan ahli pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyanyikan lagu Negaraku dan Perjuangan Kita sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kali Ke-2 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 30 DISEMBER 2018.

Mahathir yang juga Perdana Menteri tiba di PICC jam 8.25 pagi dan disambut Presidennya, Tan SRI Muhyiddin Yassin serta Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

PAT Bersatu memasuki hari terakhir hari ini apabila ia dimulakan pada Jumaat lalu.

Antara yang diketengahkan dalam PAT kali ini, antaranya Agenda Bumiputera dijadikan dasar teras kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). -MalaysiaGazette