Foto metro.co.uk

LONDON – Tindakan Mohamed Salah yang memberi peluang menyempurnakan sepakan penalti kepada rakan sepasukannya membuatkan pengurus Jurgen Klopp cukup terharu.

Klopp memberitahu, dia tersentuh melihat Salah memberi laluan kepada Roberto Firmino menyempurnakan sepakan penalti kedua sekaligus melengkapkan keputusan 5-1 ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana awal pagi tadi.

“Salah memberi sepakan penalti kepada Firmino dan saya hampir menangis.

“Ia sesuatu pengorbanan besar kepadanya. Semua tahu Salah sentiasa mahu menjaringkan gol dalam apa sahaja situasi namun dia memberikan peluang itu kepada rakan sepasukan,” ujar Klopp kepada BBC Sports.

The Reds menang bergaya di Anfield dan mengukuh kedudukan di tangga pertama liga dengan kelebihan sembilan mata daripada Spurs. – MalaysiaGazette