Louisa Vesterager Jespersen, (kiri) and Maren Ueland. foto Agensi

RABAT – Maghribi menahan seorang warga negara Switzerland susulan kes pembunuhan dua wanita Scandinavian, menurut agensi counter-terrorism.

Louisa Vesterager Jespersen, 24, dari Denmark dan Maren Ueland, 28, dari Norway ditemui mati pada 17 Disember lalu berhampiran perkampungan Imlil di Gunung Atlas.

Lelaki yang ditahan itu juga disyaki terlibat dalam merekrut rakyat Morocco dan sub-Sahara untuk terlibat dalam keganasan terhadap warga asing dan pasukan keselamatan, kata Biro Siasatan Penghakiman Pusat.

Suspek juga memegang kewarganegaraan Sepanyol dan memiliki kediaman di Maghribi.

Seramai 19 lelaki lain telah ditangkap berkaitan dengan kes itu, termasuk empat suspek utama yang merupakan anggota Kumpulan IS.

Jurucakap perisik dan polis tempatan, Boubker Sabik menyifatkan empat lelaki itu sebagai “serigala tunggal” dan berkata “jenayah itu bukan dilakukan dengan IS”. – MalaysiaGazette