Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Keputusan menangguhkan pelaksanaan penetapan harga petrol secara mingguan merupakan hadiah Tahun Baharu 2019 daripada kerajaan Pakatan Harapan.

Lantaran itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mahu kerajaan mengakui bahawa selama dua bulan ini kerajaan telah mengutip cukai sejumlah RM100 juta setiap minggu.

“Sekiranya anda telah mengutip cukai petrol dalam tempoh dua bulan ini dan bukannya memberi subsidi sebagaimana yang dijanjikan, setidak-tidaknya anda perlu berani untuk memberitahu perkara sebenar kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang memaklumkan penetapan harga runcit
produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baru 2019.

Penangguhan itu kerana kerajaan juga mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang tidak setuju dengan mekanisme penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.

Guan Eng berkata, PDAM telah meminta kerajaan meneliti semula kadar Margin Pengusaha Stesen Minyak yang merupakan salah satu komponen di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang pada masa ini digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, penurunan harga minyak global sejak dua bulan lalu harga RON95 yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM2.20 seliter lebih rendah.

“Ramai juga yang berpendapat bahawa harga petrol RON95 yang sebenarnya ialah RM1.90 per liter, mungkin lagi rendah.
Bolehkah kerajaan PH mengesahkan perkara ini?

“Sekiranya anda telah mengutip cukai petrol dalam tempoh dua bulan ini dan bukannya memberi subsidi sebagaimana yang dijanjikan, setidak-tidaknya anda perlu berani untuk memberitahu perkara sebenar kepada rakyat,” tambah Ka Siong sambil berkata kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengutip cukai untuk RON95 sejak 10 tahun lalu. – MalaysiaGazette