minyak

SINGAPURA – Harga minyak positif pada awal 2019 walaupun tinjauan umum ekonomi lemah disebabkan peningkatan bekalan minyak dari Amerika Syarikat dan kebimbangan kelembapan ekonomi.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$45.86 setong pada 0024 GMT, naik AS$0.45 atau 1.0 peratus berbanding harga penutup pada tahun 2018.

Harga Brent belum lagi didagangkan.

Harga minyak ditutup pada tahun 2018 dengan mencatatkan kerugian buat kali pertama sejak 2015 disebabkan pasaran bimbang tentang lebihan bekalan dan pelbagai faktor berhubung sekatan semula Amerika Syarikat ke atas Iran.

“Harga minyak..merekodkan penurunan pertama tahunan dalam tempoh tiga tahun ekoran kebimbangan kelembapan ekonomi dunia dan lebihan bekalan menurut Perunding Rivkin Securities, Adeel Minhas.

Bagi tahun 2018, niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) susut hampir 25 peratys manakala Brent jatuh 20 peratus.

Prospek untuk tahun 2019 dilanda ketidakpastian, kata penganalisis, termasuk pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta Brexit serta ketidakstabilan politik dan konflik di Timur Tengah. – MalaysiaGazette