Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.
Gambar fail

KUCHING – Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek berkata, polis menerima satu laporan daripada pihak Hospital Umum Sarawak memaklumkan seorang remaja telah dirogol sehingga terkena penyakit kelamin.

“Susulan daripada laporan itu, polis menahan lelaki berusia 30 tahun. Difahamkan gadis remaja itu pernah dirogol beberapa kali oleh tukang gunting itu di kedai tempat suspek bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

— BERNAMA