Wayne Rooney
Wayne Rooney

LONDON – Wayne Rooney mencetus masalah lagi apabila ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat.

BBC melaporkan, bekas kapten Manchester United itu ditahan di Lapangan Terbang Dulles, Virgina pada 16 Disember lalu.

Ketika kejadian, Rooney, 33, baru tiba dari Arab Saudi.

Bagaimanapun bapa kepada empat anak itu telah membayar denda sebanyak AS$25 dan AS$91 pada 4 Januari lalu selepas didakwa pada hari sama.

Sementara itu, Rooney dalam satu kenyataan berkata, ketika penerbangan itu, dia mengambil ubat tidur bersama dengan alkohol dan menyebabkan keliru sebaik tiba.

“Saya dihampiri anggota polis yang menahan atas pertuduhan kecil.

“Saya didenda dan dibebaskan serta merta di lapangan terbang. Kes itu kini ditutup,” katanya.

Rooney kini beraksi bersama DC United, sebuah kelab Major League Soccer (MLS) didakwa atas kesalahan kecil ‘Kelas 4’ yang membawa hukuman denda maksimum AS$250.

Sebelum ini, lesen memandu Rooney turut digantung selama dua tahun pada September 2017 selepas mengakui memandu dalam keadaan mabuk di Cheshire.

Dia kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat pada Jun 2018 dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah bersama DC United. – MalaysiaGazette