Friday, April 19, 2024
Home Politik Kayveas tak boleh guna lambang MyPPP

Kayveas tak boleh guna lambang MyPPP

Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas (dua kanan) bercakap kepada media semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi MyPPP di Wisma MyPPP, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIl, 24 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas tidak dubenarkan  menggunakan logo parti itu jika tetap mahu bertanding sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Itu amaran Presiden MyPPP, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz.

MGF26052018_PERHIMPUNAN AGUNG MYPPP_10
Presiden myPPP yang baharu, Datuk Seri Maglin DennisD’Cruz. foto FAREEZ FADZIL.

Menurutnya, berkata, ini kerana keputusan yang dibuat oleh Kayveas tidak mendapat persetujuan majlis tertinggi parti MyPPP kerana didakwa bukan lagi presiden parti.

“Beliau (Kayveas) telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK Cameron Highlands atas tiket MyPPP tetapi tindakannya itu tidak mendapat persetujuan daripada majlis tertinggi parti yang sah.

“Jika beliau tetap mahu menggunakan logo MyPPP, pihak kami akan mempertikaikan perkara itu dan dibawa ke peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat parti hari ini.

Pada Ahad lalu, Kayveas telah menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam PRK Cameron Highlands dan yakin dapat memenanginya.

Pada PRU-14, Kayveas antara calon yang disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) namun tidak kesampaian apabila pucuk pimpinan parti meletakkan wakil MIC, Datuk C. Sivarrajh.

Namun selepas kemenangan Sivarrajh dibatalkan oleh mahkamah baru-baru ini, Kayveas sekali lagi memasang cita-cita yang sama mewakili MyPPP.- MalaysiaGazette