Pemuda Amanah Nasional akan tanggung kos Badal Haji untuk Allahyarham Muhammad Adib.
Kerajaan hari ini sudah menerima laporan interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

KUALA LUMPUR – Polis telah melengkapkan sepenuhnya siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, kertas siasatan itu telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lepas dan anggota bomba itu disahkan meninggal dunia pada 18 Dis di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Noor Rashid berkata, beliau difahamkan bahawa pihak Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan kes itu di mahkamah.

“Mahkamah akan mula (pendakwaan) dalam masa terdekat jadi biar mahkamah menentukan,” katanya pada sidang akhbar selepas forum bertajuk ‘Kes Penderaan Kanak-Kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-Undang Kurang Berkesan’ di sini hari ini. – BERNAMA