Sebanyak 10 kementerian memperoleh status pencapaian tahap tertinggi iaitu Cemerlang (Lima Bintang) pada Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 termasuk Jabatan Perdana Menteri.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Hutang dan Liabiliti yang bertujuan mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan sehingga ke tahap boleh diurus dalam masa 18 bulan.

Menurut kenyataan JPM, jawatankuasa itu akan melapor terus kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lima ahli jawatankuasa itu adalah mereka yang pakar dalam bidang kewangan, ekonomi dan undang-undang.

Mereka adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir; Ketua Jabatan Penasihat Pejabat Peguanm Negara, To’ Puan Azian Mohd Aziz, Penasihar Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr. Muhammed Abdul Khalid, Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia, Gooi Hoe Soon dan ahli lembaga Suruhanjaya Sekuriti, Faris Rabidin.

Katanya, pelantikan mereka berkuatkuasa serta merta. – MalaysiaGazette