Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.89 mata untuk ditutup pada 1,682.97 berbanding penutup Rabu pada 1,673.08.

Barometer pasaran bergerak antara 1,674.36 dan 1,684.24 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran adalah positif dengan untung mengatasi rugi 477 kepada 331, sementara 409 kaunter tidak berubah, 663 tidak didagangkan dan 25 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 2.40 bilion saham bernilai RM2.04 bilion daripada 2.33 bilion saham pada Rabu bernilai RM1.88 bilion.

Di tengah-tengah prestasi bursa Asia yang bercampur-campur, Bursa Malaysia dan ekuiti Asia Tenggara seperti Indonesia bergerak ke arah trajektori peningkatan, mengambil isyarat daripada prestasi yang baik semalaman di Wall Street memandangkan pelabur yakin berhubung musim pengumuman keuntungan korporat.

Seorang peniaga berkata, pasaran ekuiti lain, yang mana berada dalam aliran menurun, dipengaruhi oleh data ekonomi yang lemah daripada Jepun dan kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

Di tempat lain, Indeks Komposit Jakarta meningkat 0.16 peratus kepada 6,423.78 dan Kospi Korea Selatan meningkat 0.05 peratus kepada 2,107.06.

Bagaimanapun, Nikkei 225 Jepun susut 0.20 peratus kepada 20,402.24, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.54 peratus kepada 26,755.63, dan Indeks Straits Times Singapura susut 0.45 peratus kepada 3,214.44.

Sementara itu, Ketua Penyelidik JF Apex Securities, Lee Chung Cheng, berkata pasaran ekuiti juga dipengaruhi oleh perkembangan terkini Brexit yang mana Perdana Menteri United Kingdom menang tipis undi tidak percaya, justeru mengelakkan berlakunya pilihan raya umum.

“Ini sedikit sebanyak mengurangkan sentimen negatif di pasaran dan mengelakkan ketidaktentuan di negara berkenaan,” katanya dan menambah, tahap sokongan dan rintangan untuk FBM KLCI dikesan masing-masing pada 1,625 dan 1,710.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga menambah dua sen kepada RM13.60, Petronas Chemicals menambah 12 sen kepada RM8.40, sementara CIMB dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.65 dan RM5.70.

Maybank susut satu sen kepada RM9.41 manakala Public Bank susut dua sen kepada RM24.68.

Kaunter aktif, Sapura Energy tidak berubah pada 29 sen, sementara Nexgram dan Bumi Armada meningkat setengah sen masing-masing kepada 2.0 sen dan 16 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 69.54 mata pada 11,650.43, Indeks FBMT 100 meningkat 68.09 mata pada 11,530.16, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 78.73 mata kepada 11,575.00 sementara FBM 70 meningkat 82.74 mata kepada 13,753.00.

Bagaimanapun, Indeks FBM Ace susut 10.6 mata kepada 4,463.59.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 17.92 mata kepada 17,419.67, Indeks Perladangan menambah 41.82 mata kepada 7,192.42, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.87 mata kepada 161.84.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut sedikit kepada 1.72 bilion saham bernilai RM1.92 bilion berbanding 1.75 bilion saham bernilai RM1.77 bilion yang direkodkan pada Rabu.

Jumlah dagangan Waran susut kepada 389.69 juta unit bernilai RM76.86 juta daripada 393.81 juta bernilai RM82.36 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE bagaimanapun membesar kepada 293.12 juta saham bernilai RM38.97 juta berbanding 190.62 juta saham bernilai RM30.66 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna berjumlah 197.19 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (322.84 juta), pembinaan (201.96 juta), teknologi (204.75 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.73 juta), hartanah (109.78 juta), perladangan (48.18 juta), REIT (18.98 juta), tutup/dana (7,000), tenaga (357.84 juta), penjagaan kesihatan (70.64 juta), telekomunikasi dan media (48.61 juta), pengangkutan dan logistik (38.77 juta) dan utiliti (58.62 juta). – MalaysiaGazette